Apa itu Software Engineering?

Apa Itu Kejuruteraan Perisian?
adakah anda berminat dengan software engineering? ini untuk anda :)


Melibatkan Komputer
Mungkin ada antara kita yang ditawarkan kursus kejuruteraan perisian. Bagi yang masih baru, mungkin ia dianggap agak sukar dan tidak tahu kemana halatujunya. Kejuruteraan perisian ini ialah tentang kerja-kerja yang membuatkan sistem utama komputer berjalan dengan lancar dan baik. Ia juga menjalankan pengaturcaraan berkaitan digital dan arahan komputer setiap fungsi yang direka bertindak mengikut apa yang dikehendaki. Ia adalah kaitan dengan pembelajaran mereka, membina dan membuat sistem operasi.

Apa yang dipelajari nanti

Apabila belajar nanti, anda akan belajar untuk berhadapan dengan masalah-masalah bila membina sistem software. Kursus ini memberikan pendedahan untuk kemahiran-kemahiran memprogram sistem seperti menggunakan bahasa java.


Dari apa yang dipelajari, anda akan lebih berkemahiran untuk membina bahasa-bahasa arahan untuk membangunkan sistem perisian seperti sistem pengiraan, sistem litar, sistem arahan robotik, sistem permainan komputer dan banyak lagi.

Matapelajaran yang akan dipelajari

Kebiasaannya bagi jurusan ini anda akan pelajari subjek seperti analisis dan interpretasi permintaan pengguna, grafik komputer serta visual, merekabentuk software, sistem database, membuat aplikasi internet, teknologi multimedia, Operating system, disiplin/etika programming, Software development tool.



Peluang pekerjaan

Apabila anda keluar dari bidang ini, bolehlah mencuba samaada di sektor kerajaan atau swasta untuk memohon sebagai software developers, system analysis, programmers, software designers, web developers, network and communications specialists atau software engineers.



Tahukah anda

Untuk pengetahuan anda, sebagai pengambil upah untuk membuat website atau menjual software yang dibuat sendiri mampu mendapat pendapatan sehingga lebih dari  4 angka. Kini mungkin terdapat sistem website yang percuma untuk di gunapakai, tetapi untuk mendapat hasil website yang terbaik dan tinggi nilainya haruslah pandai untuk membina dan mengubahsuai code-code nya tersendiri. Bagi yang mahir dalam bidang ini mungkin tiada masalah untuk menghasilkan rangka website berkualiti serta mampu menjual kepada pasaran terbuka. Begitu juga membuat perisian kepada agensi-agensi dengan bertujuan mempermudah urusan serta sistem peyampaian. Perisian-perisian yang dicipta juga boleh dijual dengan harga yang agak tinggi sesuai dengan kemampuan perisian tersebut.

sumber dari

Ini pula maklumat yang dikumpul oleh saya berkenaan software engineering.

Jurutera Perisian

SINOPSIS 
Terdapat peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan, termasuk kejuruteraan diikuti dengan organisasi komersil seperti syarikat perisian, syarikat insurans, bank, institusi kewangan, syarikat minyak, pentadbiran awam. Juga berpeluang dalam jualan, bekerja sendiri dan lapangan pakar runding. 

JULAT GAJI 
RM1,500 - RM4,000 


KEPERLUAN KERJAYA 
Bachelor Komputer Sains (Kejuruteraan Perisian) 

DESKRIPSI TUGAS 
Mengumpul dan menganalisa fakta tentang operasi, prosedur dan sistem untuk memindahnya kepada bentuk program yang sesuai bagi peralatan prosesan data. 
Mengkaji melalui pemerhatian dan membincang dengan semua pihak pekerja untuk menentukan keperluannya mengikut objektif organisasi. 
Mencadangkan penggunaan komputer untuk meningkatkan kecekapan produktiviti dan keuntungan organisasi. 
Menyediakan spesifikasi program untuk tindakan Pengatur Cara Komputer 


CIRI-CIRI PERIBADI 
Berminat kepada suasana dan pekerjaan konvensional. 
Sukakan kepada tugas-tugas yang terancang terlebih dahulu. 
Bekerja mengikut sistem. 
Boleh berfikir dengan logik, berinteraksi dengan orang lain. 
Kemahiran berkomunikasi, bertutur dan menulis. 
Sistematik, analitik dan boleh menyelesaikan masalah. 
Suka ikut perintah 
Berterus terang 
Materialistik 
Praktikal 
Jujur 

TAWARAN PROGRAM 
Program-program yang disenaraikan di bawah boleh menolong anda mencapai kerjaya ini. 

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik - Kejuruteraan Komputer (Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeMM)) 

Sarjana Muda Sains Komputer - Kejuruteraan Perisian (Universiti Malaysia Sabah(UMS)) 

Sarjana Muda Kejuruteraan - Kejuruteraan Komputer (Universiti Malaysia Sabah(UMS)) 

Sarjana Muda Sains (Kepujian) - Komputer (Universiti Teknologi Mara(UiTM)) 

Sarjana Muda Sains (Kepujian) - Kejuruteraan Sistem Maklumat (Universiti Teknologi Mara(UiTM)) 

Sarjana Muda Sains Komputer - Kejuruteraan Perisian (Universiti Malaysia Pahang (UMP)) 

Sarjana Muda Sains Komputer (Universiti Malaya(UM)) 

Sarjana Muda Kejuruteraan - Telekomunikasi (Universiti Malaya(UM)) 

Bacelor Sains Komputer - Kejuruteraan Perisian (Universiti Putra Malaysia(UPM)) 

Bacelor Kejuruteraan - Sistem Komputer dan Komunikasi (Universiti Putra Malaysia(UPM)) 

Sarjana Muda Kejuruteraan - Kejuruteraan Komputer (Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)) 

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) (Universiti Sains Malaysia (USM)) 

Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian - Kejuruteraan Perisian (Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS)) 

Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM)) 

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan - Komputer & Maklumat (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM))

sumber2

akhir kata, semoga research anda berjaya! doakan saya supaya dapat menjadi sebahagian daripada course ini. komen untuk sebarang pertanyaan.

Comments

Syafiqah Sabri said…
sekarang akak dah sambung degree software engineering ke? saya pun minat jugak kos ni tapi macam tak sure boleh bawak ke tak.boleh akak share apa yang belajar or pasal life akak dalam degree ni? Terima kasih!:))
Anonymous said…
nak tanya.... saya dpt course ni dekat umt.... apa persediaan awal yg perlu saya buat untuk course ni?????
Anonymous said…
belajar fundamental in C programming untuk pendedahan awal.
Unknown said…
Nk tanye bagi lepasan spm, course ap yg patut diambil untuk jadi software engineer ?
Anonymous said…
kalau sya minat dlm bidang ni tpi x mempunyai asas lgsung bleh ke msuk dlm bidang ni?(baru sekolah menengah)
Unknown said…
Biasanya requirement dia adalah: 5 credit termasuk add mathematics.
Selain dari itu, semua benda akan diajar dari basic dalam first year.
Anonymous said…
Nak tanya before amik degree in software engineering ni, saya patut mohon asasi sains Uitm atau asasi kejuruteraan Uitm?
Anonymous said…
Subjek apa yang akan belajar? ada maths tak?
Rev said…
"Nak tanya before amik degree in software engineering ni, saya patut mohon asasi sains Uitm atau asasi kejuruteraan Uitm?"

Biasanya, student akan ambik Computer Science sebab bukan semua Universiti provide Software Engineering course.
Untuk UiTM, mereka xde course Software Engineering.. so kene la ambik Computer Science.
Rev said…
"Subjek apa yang akan belajar? ada maths tak?"

Semua courses dalam IT, sama ada Software, Hardware, Network atau pon Information technology, mesti wajib ada matapelajaran mathematic.
yang paling asas pon mesti akan ada Basic Discrete Mathematics.
Unknown said…
hi, saya still dip in science computer(UiTM) tapi saye still tak boleh bawak subjek coding tapi saya rase cam berminat dengan software. Kalau degree nnti tak ambil coding boleh ke?
Unknown said…
hai..menarik blog..tq..btw..ade yg minat nktau psl diploma teknologi maklumat ?atau business admin UPM?bolewsp akak bg info..011-16930576
Anonymous said…
kalau dekat upm, course CS yg mana menjurus ke arah AI?
Unknown said…
Nk tya,if sy time dip amek dip it,ad pluang ke tak nk smbung dgree bidang computer engineering?@ yg sma dgnnya?
Meowmeow said…
Akak, laptop apa yg terbaik utk saya pakai bagi course ni?
Amirul said…
Saya nak tanya sya 12 tahun tapi tringin nak berkerja sebagai software engineer.Saya nak mula dari mana?saya juga tringin nak bekerja di microsoft US boleh ke keje software engineer di US?Terima Kasih. (:
Anonymous said…
assalamualaikum kak saya minat course ni tpi mcm mne nak start from matriks? what should i do?
Studywec said…
This blog is very helpful. Thanks for sharing this type of blog with us. Really very happy to say, your post is very interesting to read. I never stop myself from saying something about it. You’re doing a great job. Keep it up and share this kind of good knowledgeable content. I have also gone through the site related to your industry that is studywec.com offers BEng (Hons) Software Engineering
Internationalization: Software Engineering and application development is by virtue an international business and therefore isn’t bound by geographical area.BEng(Hons) Software Engineering (Enroll Now)
limited seats available.

Carmen J Holmes said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
With that being said, I am very excited to meet the head of banks, Fintech and crypto investors who dream of disrupting the Fintech arena.
If you are one of those individuals, let’s explore ideas together.
Ankit Jain - Join me on my journey to disrupt the Fintech field and create a frictionless banking experience for upcoming generations.
Anonymous said…
saya nak tanya kalau amik degree dlm kejuruteraan sistem maklumat dye under jenis bidang pengajian apa dan pengkhususan untuk course nii apa saya confuse sikit term bidang pengajian dgn pengkhususan
amylia said…
nak tanya kalau ada skoliosis boleh tak amik kursus engeneering sofware ni?
Anonymous said…
Kak, kalau x ambik add maths kat spm boleh ke ambik course software engineering?


Popular posts from this blog

PETUA MUDAH INGAT APA YANG DIPELAJARI

8 ‘Cat Cafe’ Paling Unik Di Malaysia Yang Pasti Digilai Pencinta Kucing.