PETUA MUDAH INGAT APA YANG DIPELAJARI
PETUA MUDAH INGAT APA YANG DIPELAJARI
Assalamualaikum, semua. Adakah anda di sini untuk menjadi dekan, mendapat keputusan cemerlang dan seumpamanya? Tidak kisah sama ada anda merupakan pelajar sekolah atau universiti. Anda perlu berusaha demi kejayaan yang akan ditunjukkan kepada ibu bapa anda nanti :)
Jadi, di sini saya mahu berkongsi sedikit petua supaya anda mudah mengingat apa yang anda pelajari. Ini antara yang saya cari di google.
Okay ini merupakan jawapan cliche namun sangat penting. Baca dulu.
Dua poin paling penting agar ilmu yang dipelajari mudah diingati dan tidak dilupakan adalah ikhlas di dalam menuntut ilmu dan kemudian beramal dengan ilmu tersebut.
Abdullah bin Al-Mubarak, seorang tabi’ut tabi’in yang juga merupakan ulama hadis yang sangat terkenal, memberikan kepada kita enam poin di dalam menuntut ilmu.
Pertama, husnu al-niyyah (niat yang ikhlas). Kedua, husnu al-fahm (kefahaman yang baik). Ketiga, al-hifzhu (hafalan). Keempat, al-kitaabatu (penulisan). Kelima, al-‘amalu (beramal). Keenam, an-nasyru (sebarkan).
Keenam-enam poin ini membantu untuk menghadamkan ilmu. Di antara cara untuk memudahkan kita mengingati adalah dengan mengamalkannya.
Setelah itu, sampaikan atau ceritakan kepada orang. Apabila kita mengajar orang, ilmu itu akan menjadi lebih mantap.
Ilmu juga perlu "diikat" dengan kita menulisnya. Kata Imam Asy-Syafi’I rahimahullah,
الْعِلْمُ صَيْدٌ وَالْكِتَابَةُ قَيْدُهُ
Ilmu adalah buruan dan tulisan adalah ikatannya,
قَيِّدْ صُيُوْدَكَ بِالْحِبَالِ الْوَاثِقَهْ
Ikatlah buruanmu dengan tali yang kuat,
فَمِنَ الْحَمَاقَةِ أَنْ تَصِيْدَ غَزَالَةً
Termasuk kebodohan kalau kamu memburu kijang,
وَتَتْرُكَهَا بَيْنَ الْخَلاَئِقِ طَالِقَهْ
Setelah itu kamu tinggalkannya terlepas begitu sahaja.
Ikutilah enam kaedah yang disebutkan itu iaitu; ikhlas, faham, hafal, tulis, amal, dan sebar!
Petua yang pertama ialah ‘tumpukan sepenuh perhatian’ kepada apa yang anda mahu anda ingat. Walaupun banyak perkara yang berlaku, minda anda hanya boleh fokuskan kepada satu perkara sahaja pada satu masa.
Petua kedua berbunyi, ‘tukarkan maklumat yang ingin anda ingat kepada gambar’. Dengan menukarkan maklumat kepada gambar, anda lebih mudah ingat berbanding dengan hanya mendengarnya sahaja.
Petua ketiga untuk mudah mengingati sesuatu ialah anda perlu ulang dan latih semula apa yang anda ingin ingat. Kajian mengatakan bahawa selepas 48 jam, anda akan lupa lebih daripada 90% apa yang telah anda pelajari. Baca semual buku dan nota itu sepintas lalu. Cuba ingat semula apa maksud tulisan anda itu. Lebih baik lagi, cuba ingat bagaimana cara guru anda menerangkan tentang nota itu. Hasilnya, anda akan ingat lebih lama apa yang anda pelajari.
Petua keempat untuk mudah ingat sesuatu yang dipelajari ialah denganmenjaga masa tidur anda. Untuk pengetahuan anda, minda anda lebih mudah ingat sesuatu jika ia berada dalam keadaan cergas dan segar. Sebab itulah anda selalu dengar petua untuk menghafal sesuatu di waktu pagi.
Petua yang kelima untuk mudah ingat apa yang anda pelajari ialah anda perlu mempraktikkan apa yang anda pelajari dengan serta merta. Untuk menguasai sesuatu topik atau subjek, ’susah’ hanyalah pada peringkat permulaan. Apabila anda sudah melepasi tahap susah itu, semuanya akan jadi lebih mudah dan selesa.
Petua keenam untuk mudah ingat apa yang anda pelajari ialah mudah iaitu, ‘tulis‘.Dengan mencatat atau menulis apa yang baru kita pelajari, kita boleh merujuk kepadanya pada bila-bila masa sahaja. Kedua, apabila anda menulis apa yang anda pelajari, fikiran anda akan Petua yang pertama ialah ‘tumpukan sepenuh perhatian’ kepada apa yang anda mahu anda ingat. Walaupun banyak perkara yang berlaku, minda anda hanya boleh fokuskan kepada satu perkara sahaja pada satu masa.
Apakah tips menghafal dengan berkesan?
Hafal dan faham. Pemahaman sesuatu perkara adalah asas paling penting dalam proses belajar. Tiada gunanya menghafal walau seribu formula jika satu pun tidak faham. Kesan buruknya tidak tahu formula mana perlu digunakan untuk sesuatu masalah [blur lah jawabnya masa exam nanti]. Asas pemahaman boleh dibentuk dalam kelas bersama guru dan juga rakan-rakan yang lebih pintar.
Menghafal dan melakukan apa yang dihafal. Dalam erti kata yang lain melakukan ulangkaji. Contoh paling mudah adalah formula Matematik. Umum mengetahui formula Matematik memang susah diingati tetapi apabila menghafal dan kerap melakukan latih tubi, pasti dengan mudah dapat menguasai formula tersebut. Sebab tuh, orang yang rajin, walaupun otak dia lembab tapi sebab dia gigih, akhirnya dia beroleh kejayaan.
Hafal dan tulis. Untuk mengingati semua perkara mungkin mustahil tetapi untuk membaca semua perkara memang tidak mustahil. Jadi, tulis setiap formula, setiap fakta pada buku. Kemudian baca dan baca setiap masa. Kalau iktukan pengalaman aku, buat nota ringkas dan buat point-point yang penting sahaja. Yang dalam huraian tuh , boleh goreng nanti masa exam. Kena ingat kunci point utama jer. Kalau nak buat nota tuh, kasi cantik-cantik dan berwarna-warni. Baru otak tuh ada feel dan ada mood untuk menghafal, ok!
Menghafal dalam keadaan tenang. Maksudnya dalam minda yang segar tanpa keletihan atau tekanan. Contohnya, selepas bangun tidur waktu pagi, ketika sedang berehat di ruang tamu dan ketika sedang beristirehat di bawah pokok. Menghafal dalam keadaan yang tenang dapat meningkatkan fokus dan juga pemahaman sesuatu perkara. Cuba, kalau kita nak menghafal dalam keadaan yang lapar, fuh tak fokus dibuatnya. Ingat, nasi lemak, kopi O dan mungkin KFC.
Menghafal dan suka perkara yang dihafal. Tak kenal maka tak cinta. Sama juga halnya dengan menghafal. Perlu ada minat dan sifat suka pada perkara yang dihafal barulah tidak cepat berasa bosan. Apabila minat datang, maka lebih mudah perkara yang dihafal diserap ke minda.
Penting!!: Jangan esok baru nak exam, baru mula nak menghafal Kesannya, menyesal tak sudah. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua yang bakal menghadapi peperiksaan di luar sana. Allah yuftah alaykum :)
the end.
Comments